Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara yang terbina hasil pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985. Tasik ini mempunyai lebih 300 buah pulau kecil. Ia terletak kira-kira 40 minit dari Bandar Kuala Terengganu.
Tasik Kenyir merupakan sebahagian daripada Taman Negara yang mengandungi pelbagai flora dan fauna yang cantik dan mempunyai hutan hujan tertua di dunia.
Selain itu, beberapa destinasi menarik terdapat di Tasik Kenyir iaitu kawasan santuari kelah (ikan air tawar) di Sungai Petang, Air Terjun Lasir, Taman Orkid yang sedang dibangunkan di Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit. Taman Orkid ini bakal mengandungi lebih 3,000 spesies orkid dari dalam dan luar negara seperti Thailand, China dan Taiwan.
Buat kaki pancing, Tasik Kenyir turut menjadi syurga ikan air tawar. Kaki pancing berpeluang memancing sepuas-puasnya di Tasik Kenyir yang terkenal dengan tempat pembiakan ikan kelah, baung dan sebagainya. Mereka boleh mendapat pakej istimewa sewa 'rumah bot' untuk bermalam sambil memancing.
Selain itu, santuari gajah turut ditempatkan di Tasik Kenyir.
Kini Tasik Kenyir telah mendapat perhatian ramai selepas pihak kerajaan mula membina kawasan bebas cukai yang sedang dalam pembinaan.
About KopiO
Hi there! I am Hung Duy and I am a true enthusiast in the areas of SEO and web design. In my personal life I spend time on photography, mountain climbing, snorkeling and dirt bike riding.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Tasik Kenyir merupakan destinasi pelancongan yang amat terkenal di Negeri Terengganu. Tasik Kenyir juga adalah tasik buatan manusia terbesar...
-
Laksa Penang merupakan makanan popular di Pulau Pinang dan dikatakan berasal di sana. Namun ianya boleh didapati di merata tempat di seluruh...
-
Pantai Batu Buruk menjadi destinasi wajib bagi pengunjung dalam dan luar Terengganu. Walaupun tidak dibenarkan untuk mandi-manda, namun ia m...
-
Raspberry Cheese Boleh dikatakan semua kek dari kedai kek Secret Recipe menjadi, namun harganya pun boleh tahan mahalnya untuk satu slice...
-
Welcome to my blog's. This blog talking about travel and a variety of delicious food for everyone to enjoy. Also give the info to bene...
No comments: